Saturday, February 8, 2014

KRSV2014 SOALAN NO 3 SARUNG BUKU

salam...

pertama sekali lepas dapat je soalan.. cikgu psv spm terus berbincang soalan manakah yang sesuai digunakan untuk membuat sarung buku dan soalan no 3 ini...

akhirnya soalan 3 tetap menjadi pilihan.. tq pd cikgu lia, cikgu sazi cikgu fara fauzi yg byk beri idea...

soalannya ialah :

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN
PRODUK : SARUNG BUKU
SITUASI
Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak
bertemakan fiksyen sains.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku cerita
kanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.
2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.
3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan.
4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan.
5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.
6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna.
7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.TERHAD 9 2611/3
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas yang bersesuaian
Ukuran : Panjang 21cm
Lebar 2cm
Tinggi 30cm
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Bebas mengikut kajian

Nota:
1. Hasil kerja hendaklah kemas.
2. Teknik kolaj tidak dibenarkan.




sarung buku atau bahasa inggerisnya ialah SLIPCASE...

antara cth sarung buku ialah...


















selalunya slipcase ni memang digunakan untuk buku cerita dan album gambar...

p/s: moga pelajar spm seni visual dipermudahkan melakukan kerja kursus ini...



11 comments:

  1. tak ada lagi ke gambar sarung buku . Sebab nak tengok untuk buat lakaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear... u try search SLIPCASE ok..byk ade :)

      Delete
  2. nice! this is so help full for my "Kija Usus" :3
    #AeriZ

    ReplyDelete
  3. trima kasih cikguu :) sy hrap ckgu doakn kjayaan sy dlm SPM nnti..
    Daripada : pelajar SPM 2014 SMK PELONG Setiu,Terengganu

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana bagi gambar sarung buku :)))))

    ReplyDelete
  5. terima kasih... akhir nyaa siap jugak kerja kusu....

    ReplyDelete
  6. sangat membantu tapi gambar yg lebih menarik dan kreatif ada x cikgu sebab sy cuba tgk slipcase masih tiada.....

    ReplyDelete
  7. em cikgu saya nak conth utkl Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar bole :(

    ReplyDelete